Wednesday, June 25, 2008

Obama Ke Rumah Putih



Pilihanraya presiden Amerika Syarikat semakin menghampiri. Pilihanraya yang bakal berlangsung kali ini sedikit berbeza berbanding pilihanraya-pilihanraya sebelumnya. Kali ini, buat pertama kalinya dalam sejarahnya seorang calon berkulit hitam akan menyaingi seorang calon berkulit putih. Justeru, kita bakal melihat sama ada perbezaan ras bangsa akan menjadi sebuah faktor dominan ataupun tidak dalam pilihanraya mendatang ini.

Penulis ada mendengar yang saudara-saudara se-Islam kita di Indonesia yang gembira dengan percubaan saudara Obama mewakili Demokrat dalam pilihanraya presiden ini. Bahkan, sejak kira-kira setahun yang lalu lagi rancak dibicarakan di sana sini tentang "kelainan" yang bakal ditempa oleh Amerika Syarikat sekiranya saudara Obama benar-benar menang sebagai presediden. Hal ini adalah demikian kerana saudara Obama pernah hidup di Indonesia dan tentunya pernah hidup bersama dengan masyarakatnya di sana. Selain itu, ayah Obama sendiri merupakan seorang Muslim iaitu Barack Hussein Obama. Dan pengundi-pengundi Yahudi sendiri dikatakan tidak akan mengundi untuk Obama.

Ada juga yang berpendapat bahawa tiada bezanya Amerika Syarikat di bawah tadbir siapa-siapa pun kerana tidak mungkin dasar luarnya berubah. Namun, ada juga yang optimis bahawa dasar luar Amerika Syarikat akan berubah apabila saudara Obama memerintah nanti.

Dan seandainya ditanyakan kepada penulis, tentulah penulis akan menjawab begini. Mana mungkin sama kemenangan yang bakal diraih oleh Obama ataupun pesaingnya yang tampaknya pro kepada dasar-dasar pentadbiran Bush.

Mana mungkin sama dua jenis kemudharatan. Begitu juga dengan pahala yang bertingkat-tingkat dalam Islam. Tak sama mereka yang menggunakan tangan dengan mereka yang hanya menggunakan hati dalam amar makruf nahi mungkar. Dan tidak mungkin juga sama dua orang manusia yang zahirnya saja sudah berbeza.

Nanti, kita akan benar-benar lihat sama ada Obama (sekiranya menang) akan membawa perubahan ataupun tidak. Atau mungkin, dia hanya akan "dikorbankan" seperti J.F.K.

Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

3 comments:

budakkacamata said...

Election USA boleh dikatakan antara yang paling menarik untuk kita perhatikan. Dalam sebuah negara yang memperjuangkan "kebebasan berfikir & bersuara", ada Americans yang minda tertutup, racist & tak pernah nak terima perubahan positif. Ada yang open minded melebih-lebih, sokong gay marriage & feminism yang keterlaluan. Nasib baik masih ada Americans yang rasional fikiran dan pertimbangan, dan diharapkan mereka dapat memilih pemimpin yang akan memperjuangkan nasib rakyat Amerika, bukan pemimpin yang bermegah dengan "nasionalisma bodoh sombong" dan "pencapaian cemerlang di Iraq".

parvina said...

I love your article. you can visit my website.
xe xe currency

Nawazz said...

You will love it to enjoy our new app Call of Duty Apk which you can download and enjoy free.